top of page

NOTIS PERLINDUNGAN DATA VLT

Notis Perlindungan Data VLT ("Notis") ini menerangkan bagaimana VLT Atelier ("VLT") sama ada secara sendiri atau melalui pihak ketiga yang dilantik oleh VLT yang termasuk mana-mana pembekal-pembekal perkhidmatan, menggunakan Data Peribadi anda.
 

VLT mempunyai hak untuk mengubahsuai, mengemaskini atau meminda terma-terma Notis ini pada bila-bila masa dengan meletakkan Notis yang telah dikemaskinikan di laman web VLT ("Laman web") di alamat laman web berikut: www.vltjewelry.com. Dengan terus berkomunikasi dengan VLT atau menggunakan Perkhidmatan VLT berikutan ubah suaian, pengemaskinian atau pindaan tersebut ke atas Notis ini, tindakan tersebut menandakan persetujuan anda dengan apa-apa ubah suian, pengemaskinian atau pindaan tersebut.
 

Pengumpulan Data Peribadi
 

1.    “Data Peribadi” bermakna maklumat mengenai anda, dari mana anda boleh dikenalpasti, termasuk tetapi tidak terhad kepada nama, nombor kad pengenalan, pasport, atau nombor pengenalan lain (jika berkenaan), nombor telefon (telefon bimbit, kediaman, tempat kerja), alamat kediaman, alamat tempat kerja, alamat e-mel, umur atau tarikh lahir, bangsa, gambar, imej video atau rakaman suara, tandatangan, pekerjaan, sapaan, nombor akaun bank, butir-butir kad kredit (termasuk nombor Kad dan nombor CVV / CVD anda), butir-butir laluan pembayaran (“payment gateway”), perayaan yang anda meraikan, pendapatan isi rumah anda, saiz isi rumah, keutamaan peribadi mengenai produk, sejarah pembelian, maklumat lokasi, maklumat yang anda ingin menerima, apa-apa maklumat mengenai anda yang anda berikan kepada VLT dalam surat-menyurat atau melalui penggunaan laman web VLT atau laman web pihak ketiga dan laman media sosial, daripada “cookies”, tag piksel, isyarat web, alamat IP dan data pelayaran, data yang diberikan kepada VLT melalui saluran perkhidmatan kepada pelanggan, kaji selidik dan/atau apa-apa maklumat mengenai anda yang telah atau boleh secara langsung atau tidak langsung dikumpulkan, disimpan, digunakan dan diproses oleh VLT dari semasa ke semasa. Jika anda tidak ingin mempunyai “cookies” yang ditempatkan pada komputer atau alat peranti mudah alih anda semasa melayari Laman web ini, sila tetapkan pelayar internet anda untuk menolak “cookies” sebelum menggunakan Laman web tersebut, dengan kelemahan di mana ciri-ciri tertentu di Laman web tersebut mungkin tidak berfungsi dengan betul tanpa bantuan “cookies”.


2.    Peruntukan Data Peribadi tertentu adalah wajib dalam keadaan tertentu dan jika anda tidak memberikan Data Peribadi tersebut, VLT tidak boleh membekalkan produk-produk atau perkhidmatan yang diminta oleh anda. Dalam kebanyakan keadaan, peruntukan Data Peribadi anda adalah secara sukarela tetapi jika anda tidak memberikan Data Peribadi anda kepada VLT, VLT mungkin tidak dapat membekalkan produk-produk atau perkhidmatan yang diminta oleh anda atau melayani permintaan anda dengan cara yang cekap dan anda mungkin tidak dapat menikmati manfaat daripada tawaran dan promosi oleh VLT.


Sumber-sumber Data Peribadi


3.    Tambahan atas Data Peribadi yang diberikan oleh anda kepada VLT secara langsung, VLT juga boleh mengumpul Data Peribadi anda daripada pelbagai sumber-sumber, dan dalam pelbagai cara-cara seperti: -

a.    Melalui akses dan penggunaan Laman web, laman media sosial dan perkhidmatan atas talian dan telefon anda yang lain, termasuk pusat panggilan pelanggan;
b.    Semasa interaksi dan komunikasi antara individu-individu dan wakil-wakil VLT dan/atau pihak ketiga;
c.    Apabila anda melengkapkan borang permohonan, borang pertanyaan, pesanan pembelian, soal selidik, pertandingan atau pengajian;
d.    Apabila anda memberikan maklum balas tentang produk-produk, perkhidmatan atau Laman web VLT;
e.    Apabila anda menyertai tawaran dan promosi VLT;
f.    Daripada pihak ketiga seperti pembekal perkhidmatan pihak ketiga yang diizinkan oleh VLT.


Tujuan-tujuan pemprosesan
 

4.    VLT boleh menggunakan dan memproseskan Data Peribadi anda untuk memberikan anda produk-produk dan/atau perkhidmatan yang diminta oleh anda, untuk melaksanakan kontrak yang dimasuki antara anda dengan VLT dan bagi tujuan-tujuan yang berkaitan dengan perniagaan dan aktiviti-aktiviti VLT yang termasuk, tetapi tidak terhad kepada yang berikut (Tujuan-tujuan):
a.    untuk memproses, mengesahkan dan memenuhi permintaan anda mengenai produk, perkhidmatan atau transaksi-transaksi VLT;
b.    untuk menghubungi anda mengenai pembelian, pertanyaan dan permintaan anda;
c.    bagi mengenalpasti pengguna untuk log masuk ke Laman web, portal-portal dan perkhidmatan atas talian lain yang disediakan oleh atau bagi pihak VLT;
d.    untuk mematuhi atau menguatkuasakan terma-terma dan syarat-syarat mana-mana kontrak atau perjanjian yang dimasuki oleh atau bagi pihak VLT yang VLT adalah terikat atau diwajibkan untuk memerhati;
e.    untuk memproses bayaran urus niaga;
f.    untuk laluan pembayaran (“payment gateway”);
g.    untuk tujuan-tujuan pentadbiran dalaman seperti pengauditan;
h.    untuk penyiasatan dalaman dan luaran;
i.    untuk tujuan mengesan, mencegah dan pendakwaan jenayah;
j.    untuk menjalankan audit dan siasatan, dan menguruskan risiko-risiko dan krisis;
k.    untuk menguatkuasakan atau mempertahankan hak undang-undang, kepentingan atau harta VLT atau sekutunya dan/atau untuk mendapatkan nasihat undang-undang;
l.    bagi VLT untuk mematuhi kewajipannya di bawah undang-undang sama ada di dalam atau di luar Malaysia;
dan anda bersetuju dan memberi kebenaran kepada VLT untuk menggunakan dan memproseskan Data Peribadi anda dengan cara seperti yang dikenal pasti dalam Notis ini.


Tujuan-tujuan pemasaran dan promosi


5.    Kecuali yang mana anda menyatakan sebaliknya, VLT juga boleh menggunakan dan memproseskan Data Peribadi anda untuk tujuan-tujuan pemasaran dan pengiklanan seperti menghantar komunikasi mengenai tawaran, promosi, produk-produk atau perkhidmatan VLT terkini seperti surat berita atau risalah menerusi e-mel, pos, panggilan telefon dan platform media sosial ("Tujuan-tujuan Pemasaran").

Jika anda tidak memberi kebenaran kepada VLT untuk memproses Data Peribadi anda untuk Tujuan-tujuan Pemasaran, sila berhenti melanggan atau membuat petunjuk melalui kotak semak "opt-out" (mengikut keadaan yang berkenaan).


Penzahiran dan Pemindahan Data peribadi
 

6.    Data Peribadi anda mungkin dipindahkan ke, disimpan, digunakan dan diproses di dalam bidang kuasa selain daripada Malaysia, seperti dalam keadaan berikut:
a.    di mana fungsi-fungsi pentadbiran VLT sedang dilakukan di luar Malaysia;
b.    di mana pelayan atau pelayan pengganti VLT atau pembekal perkhidmatannya terletak di luar Malaysia;
c.    di mana maklumat peribadi yang diperlukan untuk dizahirkan kepada pelbagai agensi-agensi penguatkuasaan undang-undang di luar Malaysia;
d.    di mana pembekal-pembekal perkhidmatan, kontraktor-kontraktor, ejen-ejen atau rakan-rakan kongsi VLT berada di luar Malaysia;
dan anda memahami dan bersetuju terhadap pemindahan Data Peribadi anda ke luar Malaysia seperti yang diterangkan di sini.


7.    Data Peribadi anda boleh dipindahkan, diakses atau dizahirkan kepada pihak ketiga untuk Tujuan-tujuan atau untuk Tujuan-tujuan Pemasaran. Tambahan, VLT boleh melantik syarikat-syarikat, pembekal-pembekal perkhidmatan dan individu-individu yang lain untuk melaksanakan fungsi-fungsi bagi pihak VLT, dan akibatnya mungkin menyediakan akses kepada atau menzahirkan Data Peribadi anda kepada pemberi perkhidmatan atau pihak ketiga tersebut. Pihak ketiga yang disebut dalam seksyen ini termasuk (tanpa had):
a.    Penasihat-penasihat profesional VLT, termasuk penasihat-penasihat undang-undang, juruaudit-juruaudit, akauntan-akauntan dan pakar-pakar runding;
b.    Pembekal-pembekal perkhidmatan seperti pembekal-pembekal perkhidmatan maklumat teknologi (IT) VLT;
c.    Agensi-agensi media sosial VLT; dan
d.    Pihak berkuasa pengawalan dan kerajaan di dalam dan luar Malaysia, untuk mematuhi keperluan-keperluan berkanun dan kerajaan.
Data Peribadi anda juga akan dikongsi berkaitan dengan urus niaga korporat yang melibatkan VLT, seperti pemerbadanan, penjualan anak syarikat atau divisi, penggabungan, penyatuan, atau penjualan aset, atau dalam keadaan penggulungan syarikat atau kebankrapan yang kecil kemungkinannya.


Maklumat peribadi daripada kanak-kanak dan individu-individu lain


8.    Sebagai ibu bapa atau penjaga yang sah, sila jangan benarkan kanak-kanak (individu-individu di bawah umur 18 tahun) di bawah jagaan anda untuk menyerahkan Data Peribadi kepada VLT. Dalam keadaan di mana Data Peribadi itu diberikan kepada VLT, anda dengan ini memberi kebenaran untuk pemprosesan Data Peribadi kanak-kanak itu, sebagai ibu bapa atau penjaga yang sah dan dengan sendiri menerima dan bersetuju untuk terikat kepada Notis ini dan bertanggungjawab ke atas tindakannya.
 

Permintaan Akses & Pembetulan, Pertanyaan atau Aduan-aduan


9.    Tertakluk kepada apa-apa pengecualian di bawah undang-undang, anda boleh meminta akses kepada dan/atau permintaan pembetulan Data Peribadi anda, permintaan untuk mengehadkan pemprosesan Data Peribadi anda untuk Tujuan-tujuan atau untuk Tujuan-tujuan Pemasaran dan/atau membuat sebarang pertanyaan atau aduan-aduan mengenai Data Peribadi anda dengan menghubungi: -

Wakil Perkhidmatan Pelanggan
E-mel: info@thevlt.co

 

10.    Sila ambil perhatian bahawa jika anda menarik balik persetujuan anda kepada VLT untuk memproses Data Peribadi anda untuk Tujuan-tujuan atau untuk Tujuan-tujuan Pemasaran, VLT sebagai akibat berkemungkinan tidak dapat untuk berurusan dengan anda dan tidak berupaya untuk memberikan anda produk-produk atau perkhidmatan yang diminta oleh anda.
 

11.    Berkenaan dengan hak anda untuk mendapat akses dan/atau membetulkan Data Peribadi anda, VLT mempunyai hak untuk menolak permintaan anda atas sebab-sebab yang dibenarkan di bawah undang-undang, seperti di mana VLT tidak dibekalkan dengan apa-apa maklumat munasabah yang diminta untuk mencari Data Peribadi yang berkenaan dengan permintaan akses data tersebut atau menentukan dalam apa keadaan Data Peribadi tersebut adalah salah yang mana permintaan pembetulan data tersebut adalah berkenaan.
 

Perakuan dan Persetujuan
 

12.    Dengan berkomunikasi atau terlibat dengan VLT, atau menggunakan perkhidmatan VLT, anda mengakui bahawa anda telah membaca dan memahami Notis ini dan bersetuju dan mengizinkan untuk penggunaan, pemprosesan dan pemindahan Data Peribadi anda oleh VLT seperti yang diterangkan dalam Notis ini.


- This document was last updated on July 1, 2018.


 

bottom of page